Tuesday, 1 November 2011

HaRi PerTaMa SaYa di PTSS!!

Pada hujung tahun 2010, saya mendapat tawaran untuk belajar di PTSS. Alangkah gembiranya perasaan masa tu bila dapat tahu yang saya layak untuk memasuki politeknik. Perasaan teruja membuatkan saya bersemangat untuk belajar. Hari ke hari penyediaan barang keperluan dilengkapkan. Bayangkanlah, pergi ke mana pun mesti ada saja barang yang hendak dibeli.
Pada pagi yang dinantikan itu, saya bangun awal pagi dan bersiap. Walaupun jarak rumah saya ke PTSS hanya mengambil masa 5 minit, keluarga saya tetap keluar awal keran ayah tidak suka melengahkan masa. Tiba saja di PTSS, saya tengok bayak kereta-kereta luar yang menghantar anak mereka mendaftar di politeknik. mula-mula semangat itu datang tetapi ada juga gemuruh dan sedihnya. Kakak saya menemani saya mendaftar. Ayah dan ibu tunggu saja di khemah yang disediakan. Apabila selesai pendaftaran, saya dan keluarga berjalan ke kereta semula untuk mengangkut barang-barang. alangkah sedihnya bila ayah dan ibu juga turut membantu, sedangkan ayah tidak boleh berjalan dalam jarak yang jauh kerana jantungnya hanya dibantu oleh sebiji bateri saja. Tidak seperti orang lain. Tapi demi anaknya ayah gagahi jua. Selama 10 mimit berjalan dari tempat kletak kereta di padang, sampailah di blok yang bakal saya diami. Ayah tidak menunjuk apa-apa respon bahawa dia penat tetapi saya tahu dalamannya tersangat penat dan lelah. Selain ibu dan kakak membantu mengemas barang, ayah juga turut menyumbang tenaga sehingga bilik saya kelihatan kemas. Selepas itu, penjaga diwajibkanpergi ke Dewan Harum Manis. Kakak membawa ayah dan ibu pergi ke kafe dan menunggu bas datang untuk pergi ke dewan besar. Setelah dua jam berlalu, mereka menghubungi saya kerana sudah tiba masa untuk mereka pulang. Alangkah sedihnya apabila ayah memeluk saya dengan seeratnya. mungkin ayah rasa kehilangan kerana sebelum ini saya yang menjadi peneman saja ke mana dia pergi. Selepas ini, ayah akan keseorangan dan saya risau bila dia perlu menunggang motosikal sendirian. Banyak pesanan mereka tinggalkan sebelum mereka pulang dan sampai kini pesanan itu masih terngiang-ngiang di ttelinga. Itulah saat-saat manis hari pertama saya di PTSS.

No comments:

Post a Comment