Wednesday, 2 November 2011

PeRsiaPan saYa UntuK PePeriKsaaN AkHir

Lebih kurang 10 hari lagi saya akan menduduki peperiksaan akhir yang selalu pelajar sebut 'final exam' . Memeang menakutkan tapi saya masih boleh mengawal diri. Memang persiapan masih belum sempurna, tapi apa yang sudah dipelajari semasa sem ini akan saya gunakan untuk menjawab soalan nanti. Tertanya-tanya juga bagaiman aagaknya bentuk soalan nanti. Berdebar rasanya. Bagi paper sem ini, kelas saya tidak berpeluang untuk duduk di dalam dewan besar PTSS. Persediaan saya adalah membuat nota-nota kecil untuk dibawa saja ke mana sementara cuti hari raya nanti. Mungkuin tiada istilah 'study week' tapi sudah memadai dapat bercuti semasa hari raya. Selain membuat nota kecil, saya dan rakan-rakan ada juga mencari rujukan soalan yang lepas-lepas untuk mengulang kaji semula. Agak seronok juga bila duduk sekumpulan dan saling bertukar pendapat tentang soalan yang mungkin akan naik. Kelebihannya ialah apa saja yang kawan kita sebut, automatik otak kita kan menyimpannya, jadi serba sedikit dapat kita ingat. kelemahan saya ialah tidak suka study sendiri sebab cepat mengantuk. Sebab itulah saya perlukan teman untuk saya berkongsi ilmu.  :)

1 comment: